Saturday, July 30, 2011

Ahem *cough

Aku bersifat liberal kadang kala dan mungkin terlalu keterlaluan. Mungkin itu tabiat aku untuk menegakkan keadilan daripada perspektif aku sendiri. Orang-orang yang hanyalah taksub dengan pendapat mereka sendiri bagaikan mengagungi refleksi wajah mereka sendiri di cermin. Tetapi tabiat aku yang sering gagap dalam sesuatu perbicaraan menghadkan aku untuk terus bersuara. Keyakinan yang terbantut sering menghalang aku untuk menyuarakan keadilan .Seringkali suara aku yang terpendam jauh di lubuk anak tekak ini sering dilimpahkan di atas kertas ataupun blog entri ini yang ternyata sudah usang.Aku mengaku , kadangkala pendapat aku tidak masuk akal atau mungkin jauh dari segi rasional , mungkin kerana aku tidak suka keseriusan dalam melimpahkan idea.

Aku sendiri pun tidak tahu apa kejadah yang aku nyatakan dalam entri ini .