Aku pernah tenung bulan atau bintang dan melupakan masa depan. Aku tak pernah ada masa depan, aku pernah ada ke?Aku jenguk sebentar ke alam galaksi untuk mengkaji ruang dan batas sebab realiti semakin sempit dan lemas.Dan malaikat menari nari atas otomobil menghiasi cakerawala.
"Kau tak perlu jadi gila atau hisap ganja untuk dapatkan imaginasi, Fatimah" kata Comel ,seekor kucing Persian kepada tuannya.Tiba tiba , realiti menjadi selari dan hierarki tidak pula wujud.
Hapuskan sahaja perang dingin dan blok dunia, politik adalah picisan ketawa.
Aku taktahu, aku bercelaru . aku buntu. Pecah sahaja jamnya biar ia berhenti berdetik. Benda tu buat aku tak boleh tidur malam kerana setiap detik adalah bagai segorombolan zombi yang mengejarku.Aku rimas, aku mahu buang semua jam dalam bilik aku.
Entahlah, minda aku bersenggama mungkin. Dengan ideologi yang pelik. Aku seorang yang pelik.Tapi aku normal, aku rasa. Kau rasa?