Tuesday, December 18, 2012

Allergi


Aku allergi dengan hormon aku sendiri. Aku allergi dengan diri aku yang mengejar sesuatu yang tidak pasti. Aku allergi dengan diri aku yang selalu tertarik dengan benda yang reverse.
Kau berpijak di bumi yang nyata, Icha.Janganlah duduk di bulan sahaja,dahlah tempat tu berkelopak sana sini.Pergilah ke Marikh ke, Venus ke.” , kata seorang kawan imaginasi yang aku wujudkan sendiri di dalam kepala.
Aku benci dia. Tapi dia selalu akan datang dan menganggu aku membuat istana di awan atau membuat jaring malaikat di pulau kontinen minda.
Aku sibuklah Fatimah! Aku sibuk membuat istana untuk aku dan teman lelaki aku yang tiada kewujudan tu, kau tahu apa? Kau selalu terperuk di belakang minda aku.Aku tak perlu logika kau.”,kataku dengan penuh rasa menyampah.
Kadang-kadang aku kena menyergah dia baru dia hilang macam awan hitam. Dengan muka masam bercuka dia pergi, tenungannya tajam macam pisau sampai kadangkala mencederakan aku.Parah jugak luka yang dia bagi tu. Aku kena makan Aspirin dan Morphin berkali kali untuk hilangkan sakit.
Aku wujudkan dia untuk kembalikan balik jalan, in case aku sesat.Tapi aku dah memang sesat,aku tak mahu dijumpai lagi.Ironinya , Fatimah memang optimistik, tapi dia akan selalu pakai tshirt Joy Division bila jumpa aku, band paling pesimistik yang pernah aku tahu.
Aku taknak kehilangan dia kerana aku yang wujudkan dia sendiri, tapi entah kenapa sejak perasaan remaja yang memberontak dah berleluasa, aku maki dia, aku pijak dia sampai lumat.
Lama kelamaan, dia hilang macam angin.Dan tiba-tiba aku terus dapat kanser, kanser jiwa.