Friday, January 11, 2013

Pisang

Aku perlukan duit, so aku harus kerja sejam 7 ringgit. Aku harus menjadi hamba , hamba-zaman-pasca-moden 2013.Aku harus menjadi hamba kepada bisnes antarabangsa yang bersifat kapitalis dan korporat korporat itu akan membayar aku kerana gaji aku hanyalah 0.05% dari gaji keseluruhan mereka. Kerana ini adalah hierarki, kita hidup dalam piramid hierarki, humanism? kau merepek nakharom apa? Obviously ini adalah anti-humanism. Aku bekerja penat lelah patah kaki, dan mereka hanya duduk di bangku malas sambil menghisap kekejaman menelan duit meminum prejudis.
Revolusi takkan berlaku kalau kau hanya tulis blog ala-ala hipster guna bahasa melayu konon nak kedengaran melayu-pasca-moden. Dan aku gadis pasca-moden yang suka merungut sambil menelan harmony pessimistik dari band Radiohead dan asyik komplain secara infiniti.
Aku tak boleh mengubah dunia, tapi benarkan aku bersuara?