Sunday, January 20, 2013

Palat

Mata rabak dengan cecair masin, minda pekak dengan kepahitan kopi tanpa gula.
Kontinen paru paru berasap dengan hookah strawberry yang berbau manis, dan coklat yang cair dengan kekelatan tekak.
Realiti macam celaka, dan aku terfikir baik aku buat kek dari buat kawan.
 Mereka tak faham macam mana rasa duduk kat tengah tengah, buntu dan bangang. Mereka tak faham malam yang bengap dengan rollercoaster perasaan.Mereka tak faham malam tanpa bintang yang ditemani oleh mimpi buruk yang berkain kapan dan air mawar dan surah yaasin diikuti dengan tangisan adik beradik.Mereka tak faham tentang tumpuan yang pudar dan mata tanpa jiwa yang memandang balik.Mereka tak faham kanser.
Mungkin aku tengah sesat dalam lautan orang dan judgment mereka, mungkin juga aku dah biasa dengan rejection. Aku tak menjaring labah labah malaikat ataupun memiliki halo dengan sayap putih kenapa aku harus berkelakuan baik dan menjadi malaikat tulen datang dari kayangan. Aku pelik dan janggal dan aku menggemari pizza. Aku gadis yang tiada komitmen dan aku sedang menjalani fasa hidup yang rumit.Harap maaf carian anda tidak dijumpai , sila cuba lain kali.