Tuesday, February 19, 2013

Ekstensialisme

Celaka, celaka perasaan ni. Aku mati dibelenggu kesedihan, seakan akan ia membina gua disekeliling aku. Aku mahu cakar, merangkak memanjat  keluar dari dinding konkrit ini. Kenapa aku tiada sayap? Celaka, celaka.

Aku rindu aku rindu aku rindu tapi roh bukan pergi astral projek,jasad dihimbun dalam tanah. Aku tetap rindu aku rindu dan aku rindu.Aku hidup dengan baunya,suaranya. Sekarang tiada tiada tiada tiada.Aku rindu satu cekarawala dan aku menangis depan tuhan sebab aku rindu.Aku rindu.

Mimpi dalam mimpi, air masin yang kering, hati yang mati, suara yang dikenali, rindu yang infiniti, mati hidup kembali . Aku tak boleh merasa, aku buta,aku dengki, aku tidak mengerti, aku tuli.
Aku bersenggama dengan malam, aku kongsi kesengsaraan, aku tidak mengerti realiti, aku tidak tahu aku jahil, naif, bodoh. Dan aku akan penuhkan satu sungai dengan air mata masinku, dan bersalinkan rasa bersalah yang tiada kesudahan

Matahari akan membahang dan membakar anak anak aku dan sekali lagi mata aku celik dengan kegelapan. "Kau tidak boleh ambil terlalu banyak emosi dalam perigi emosi" Aku mahu buat apa jika emosi mendominasi. Hati aku tiada blood vessel yang kuat, dinding dia rapuh tak berpagar dan tak juga dikelilingi pagar automasi

Tunggu lah, kau maki apa sahaja, kau ludah apa sahaja, kau muntahkan hujah apa saja. Aku akan tetap tunggu sampai aku menemui tanah yang sesuai untuk dipijak, udara yang sesuai dihirup.Sebab sekarang aku pudar dalam kewujudan