Kalaulah aku boleh berteriak, kalaulah aku boleh muntahkan apa yang disimpan dalam anak tekak, tekan picu dengan lidah dan realiti akan bertelagah, bertekak.
Aku hanya boleh membisu. It's all I can do, by not blowing my head without making me insane.
Kalaulah aku boleh pusing masa, baiki silap apa yang ada dan kucup dahinya tanpa had masa,aku sanggup jual mata dan jadi buta.
Kau tak boleh putuskan perasaan derita dengan tulang kerana emosi adalah sesuatu yang sumbang.
Aku tak rasa aku perlu menjahanamkan diri aku kerana kau kau memang binasa,Elemen,unsur dan atom jahanam apa lagi yang ada?Lontarkan kepadaku aku dah kebas , dah imun, dengan selesanya.
Keluhan adalah harian.Dan apabila aku terjunam ke jahanam, kau akan memakai topeng dan kau adalah orang asing.
Kau adalah musang yang ada nama dalam kad harijadi tapi hakikat melukai
Definisi rumah hanyalah menapak simpati, askar yang mementingkan diri, roh yang dirindui. Kepercayaan yang menjadi duri kerana dilukai dengan daging sendiri adalah imunisasi.