Thursday, July 26, 2012


“She's like smoke,you think you're seeing her clearly enough,but when you reach for her there's nothing there”

-Ryu Mukarakami

Aku sering lupa tentang kepentingan aku sendiri, mungkin aku tertinggal di bawah sofa aku duduk hari ni, ataupun terperuk rapi di belakang minda aku, dibiar berhabuk dan berkulat. Mungkin aku hanyalah seorang remaja yang dikelilingi oleh dinding konkrit , dan dinding konkrit itu adalah metafora bagi kelalaian dan fantasi aku yang sering berputar dan mencanai secara infiniti.
Aku bukannya tidak mahu tahu tentang kepentingan tetapi aku berada dalam keadaan yang tidak larut. Seperti acuan kimia yang tidak larut dalam acuan sodium atau mana mana properti dalam kotak periodik.
Sangat kabur kan?Aku tak tahu bagaimana nak terangkan dah.